in

10 Tanda Perempuan Tidak Suka Kita


Pergerakan dan pemikiran seseorang perempuan lebih sukar difahami berbandi ng lelaki kerana perempuan mampu menyembunyikan perasaan tanpa orang lain menyedarinya dan mampu melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa.

Seorang lelaki lebih bertumpu dan fokus dalam menjalankan sesuatu sama ada dari sudut kerja dan perhubungan dengan manusia lain dan mereka bole mengasingkan perkara-perkara tersebut, berbanding perempuan yang mempunyai keupayaan menghubungkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain. walaupun begitu, terdapat tanda-tanda yang kita boleh kenal pasti sekiranya ingin mengetahui seseorang perempuan itu tidak menyukai kita.

1. Bahasa tubuh
Bahasa tubuh perempuan yang tidak menyukai anda akan lebih tertutup seperti menyilangkan kaki atau berpeluk tubuh, dan isyarat itu untuk mencipta pembatas untuk mengisyaratkan bahawa mereka tidak tertarik dengan anda. Sekiranya berdiri, perempuan lebih cenderung menghadap kea rah lain jika mereka tidak suka atau tidak selesa bersama anda. Dan perempuan juga akan mengelakkan dari melakukan eye-contact sebagai isyarat mereka tidak menggemari atau menyukai anda.

2. Memuji anda dengan sinis
Sekiranya perempuan memuji anda dengan sinis, besar kemungkinan mereka tidak menyukai anda dan memberi isyarat supaya menjauhkan diri daripada mereka. Perempuan yang menyukai anda tidak akan memuji anda secara direct dan akan mengejek secara friendly dengan pencapaian anda.

3. Tidak pernah meminta pertolongan anda
Perempuan akan lebih cenderung meminta bantuan dan pertolongan dari orang yang disukainya, walaupun perempuan itu dikatakan independent oleh lelaki, tetapi apabila benar-benar memerlukan pertolongan, mereka akan meminta dengan orang yang mereka sukai. Kerana apabila mereka sukai seseorang, mereka mudah meletakkan kepercayaan kepada lelaki tersebut.

4. Perbualan yang tidak rancak
Sekiranya perbualan anda dengan seorang perempuan itu mendatar sahaja, kemungkinan besar perempuan itu bosan dan tidak mahu melayan anda. Seorang perempuan akan mudah berbual dengan lelaki yang disukai atau lelaki yang dirasakan selesa untuk bersama walaupun untuk pertemuan kali pertama. Jika perempuan tidak banyak cakap dengan anda, itu memang tanda ketara mereka tidak menyukai atau tidak selesa bersama dengan anda.

5. Tidak mempedulikan perasaan anda
Perempuan lebih cenderung menunjukkan pergerakan dan lebih beremosi dalam mengendalikan sesuatu perkara. Seorang perempuan yang rimas dan tidak menyukai anda tidak akan mempedulikan perasaan anda sekiranya berbual atau menunjukkan respon dalam sesuatu perbualan atau perbuatan. Perempua n kadangkala menganggap berterus terang akan menyakitkan hati seseorang, jadi melalui tindakan seorang perempuan itu, kita boleh melihat sekiranya perempuan itu tidak menyukai anda atau mahu mengelak daripada anda.

6. Banyak menolak permintaan anda
Perempuan yang tidak menyukai anda akan mengelak dan banyak menolak permintaan anda seperti ajakan keluar makan, menonton wayang, ataupun menghadiri kenduri. Walaupun perempuan tersebut suka melakukan aktiviti-aktiviti tersebut tetapi mereka lebih gemar melakukan sendiri dari melakukan bersama dengan orang yang tidak disukai.

7. Menjodohkan anda dengan kawan-kawannya yang lain
Seorang perempuan yang tidak mempunyai perasaan suka terhadap seorang lelaki akan cuba mengelak sebaiknya dari lelaki tersebut. Adakalanya mereka sehingga menjodohkan lelaki tersebut dengan kawan-kawannya yang lain dan cuba menerangkan bahawa mereka tidak lah sebaik kawan-kawan mereka padahal mereka memang mahu mengelak dari lelaki tersebut.

8. Memberi alasan “tidak bersedia lagi”
Wanita yang benar-benar suka kepada anda tidak akan memberikan alasan ‘tidak bersedia lagi’ kerana mereka sebenarnya telah bersedia memberikan komitmen kepada lelaki yang benar-benar disukai mereka. Sekiranya anda gigih ingin mendekati seorang perempuan itu dan mereka mengatakan tidak bersedia atas factor kerja atau sebagainya, percayalah mereka masih belum menyukai anda atau ingin mengelak dari hubungan yang serius.

9. Tidak ingat perkara tentang diri anda
Seorang perempuan bole mengingati jam, tarikh, hari, tahun yang spesifik bagi mengenang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam hidup mereka. Sama juga keadaannya sekiranya jika seorang perempuan menyukai seorang lelaki, apa sahaja tentang diri lelaki tu akan diingati dan diberi perhatian. Jika nama lelaki itupun sukar diingati, maka anda janganlah menaruh harapan besar yang perempuan itu menyukai anda. ;D

10. Bergurau apabila membuka topik yang serius
Kebanyakan perempuan merupakan pendengar yang baik dan setia lebih-lebih lagi kepada kawan-kawan rapat ataupun orang yang disayanginya. Tetapi jika perempuan banyak bergurau ketika anda membuka topic yang lebih serius, dia sebenarnya tidak mahu involve dalam topic tersebut secara mendalam kerana tiada kepentingan bagi mereka.

Kebanyakan perempuan lebih memendam rasa dan ingin menjaga hati semua orang di sekelilingnya tidak kira sama ada mereka menyukai seseorang itu ataupun tidak. Tetapi sekiranya ada tanda-tanda di atas, besar kemungkinan mereka langsung tidak boleh lagi tolerate dengan perasaan tidak selesa atau tidak suka kepada anda. Sebaiknya terima saja tanda-tanda tersebut dengan baik dan menolak rasa benci terhadap penolakan tersebut.

Written by Shafikah

Nothing About Me - Segala artikel yang dikeluarkan oleh saya adalah hakmilik saya & mvs, jika hendak menyalin semula artikel ni sila email saya terlebih dahulu shafikah@malaysiaviralstory.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *