≡ Menu

Tanda-tanda Kehamilan

Adakah anda telah hamil? Beberapa tanda awal kehamilan mungking muncul pada masa anda telah terlepas haid – ataupun lewat seminggu dua. Sebenarnya, 7 daripada 10 wanita mengalami kehamilan selepas enam minggu.
Jika anda tidak mengikuti kitaran haid anda atau ia berbeza dengan banyak setiap bulan, anda mungkin tidak pasti bila untuk menghadapi haid anda. Jika anda mensyaki anda mengalami beberapa simptom berikut, anda mungkin mengandung.

Tanda-tanda Seorang Wanita Itu Hamil

  1. Tidak datang haid adalah tanda yang paling jelas.
  2. Lazimnya juga akan rasa mual dan sering muntah pada minggu pertama hinggalah masuk minggu ke-9.
  3. Rasa kelainan pada buah dada. Pada peringkat awal kehamilan sesetengah wanita akan rasa sakit pada payudaranya. Pada pusingan enam minggu mengandung payudara akan menjadi besar dan pembuluh darah nampak jelas di sekitarnya. Kat sekitar puting susu pula akan timbul bintik-bintik hitam yang makin lama makin besar dan warnanya makin gelap.
  4. Kerap buang air kecil. Sebabnya ‘baby’ yang makin membesar kat dalam rahim tu akan terus menekan ‘bladder’ atau saluran kencing si ibu. Lazimnya, selepas masuk lebih kurang minggu ke-16 barulah ‘tekanan’ ini akan berkurangan sedikit.
  5. Sembelit. Jika selama ini anda tidak pernah sembelit, terdapat kemungkinan besar anda sudah berbadan dua. Apa-apa pun, anda perlu lakukan ‘pregnancy test’ atau terus dapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian.
  6. Juga akan merasai perubahan pada selera perasa. Mungkin rasa mengidam hendak makan benda-benda yang selama ini tak pernah pun terfikir hendak makan. Ada yang akan rasa mual, ada yang sering rasa sakit tekak, kerap rasa nak meludah dan berbagai jenis tabiat yang pelik-pelik yang berbeza-beza sifatnya mengikut individu.
  7. Ikut cara-cara untuk anda mudah bersalin di sini

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend