Tidur Malam Hindari Kanser Prostat

by Fiza on December 15, 2016

SAINTIS mendapati lelaki yang tidur malam awal dan tidur yang baik mampu menghindari penyakit kanser prostat.

Kajian menunjukkan individu yang memiliki kandungan hormon tidur, melatonin, yang tinggi, berisiko 75 peratus lebih rendah untuk mendapat penyakit maut tersebut.

Badan manusia menghasilkan hormon melatonin dalam keadaan gelap dan membantu mengawal kitaran tidur seseorang. Individu yang menghasilkan bilangan melatonin yang rendah, lebih cenderung untuk mengalami masalah tidur dan kerap berjaga pada waktu malam.

“Masalah kesihatan yang dikaitkan dengan melatonin rendah merangkumi aspek yang luas termasuklah risiko diserang kanser,” ujar ketua penyelidik, Sarah Markt dari Sekolah Kesihatan Awam Harvard di Boston, Amerika Syarikat

Biarpun penemuan itu memerlukan kajian lanjut, para saintis masih menekankan pentingnya tidur pada waktu malam.

Dr. Mathhew Hobbs dari Prostate Cancer United Kingdom memberitahu, lebih 40,000 lelaki didiagnosis dengan kanser prostat setiap tahun di United Kingdom.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini