≡ Menu

Tips Fesyen Untuk Lelaki Berbadan Kurus

Memang tidak dinafikan, bagi lelaki yang memiliki susuk tubuh kurus dilihat lebih mudah mengayakan atau berfesyen kerana golongan ini senang untuk memilih saiz baju dan sebagainya Tetapi jika terlalu kurus
ia seperti mendatangkan masalah pula, jangan pula dihairankan jika golongan seperti ini dilihat lebih cerewet dalam memilih pakaian

 

PANDUAN TIPS FESYEN PAKAIAN DAN RAMBUT BAGI LELAKI BADAN KURUS KEDING
    • JANGAN PAKAI PAKAIAN YANG TERLALU KETAT (FIT)
      Sudahlah berbadan kurus, mengenakan pakaian “fit” pula, memang si pemakai akan berasa selesa tetapi dari pandangan mata awam, anda akan dilihat seperti “tengkorak” atau diumpamakan seperti “belalang” anda juga akan kelihatan tidak seperti lelaki yang mempunyai ciri-ciri pelindung kepada seorang wanita

 

    • PILIH PAKAIAN BERWARNA PUTIH DISAMPING GRAFIK WARNA ATAU CORAK
      Ini dapat membuatkan tubuh keding tidak ditonjolkan kerana jika anda memakai tshirt contohnya, warna putih disamping grafik yang berwarna lain ia dapat mengalihkan pandangan dan kombinasi warna putih dan warna lain membantu membuat anda kelihatan sedikit berisi.

 

    • ELAKKAN PAKAI PAKAIAN MEMPUNYAI LEHER V ATAU BULAT
      Selalunya lelaki berbadan kurus ini memiliki leher jenjang atau panjang, justeru itu elakkan memakai T-shirt berleher V atau bulat kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih kurus sebaiknya pilihlah T-Shirt yang berkolar kerana ia membantu menampakkan dada anda kelihatan lebih bidang dan tegap.
    • SELUAR JEANS
      Mengenai seluar jeans pula, pilihlah yang tidak terlalu longgar sebolehnya biar nampak selari dengan peha dan kaki, kerana jika terlalu longgar atau besar seluar jeans yang dipakai itu hilang cirinya
    • GAYAAN RAMBUT
      Antara yang perlu dititikberatkan dan elakkan memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana
      penampilan sedemikian akan menampakkan anda kelihatan lebih kurus. Sebolehnya biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil ataupun dengan tampilan fesyen rambut sedikit “spiky”

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Recent search terms:

  • penampilan lelaki berbadan kurus
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend