≡ Menu

Tona Kulit Muka Tidak Sekata

Kulit berbalam-balam dan tona yang tidak sekata pada muka boleh disebabkan beberapa faktor selain daripada pendedahan yang berlebihan terhadap sinaran matahari.

Anda mungkin menghadapi masalah pigmentasi yang berlebihan atau pun berkurangan dikenali sebagai hiperpigmentasi.

Masalah radangan atau inflamasi (sebab terdedah pada bahang sinaran matahari) juga mungkin menjadi penyebab. Alahan pada krim atau kosmetik yang dipakai juga boleh menjadi puncanya atau memburukkan lagi keadaan.

Berdasarkan puncanya, terdapat rawatan krim atau ubat makan yang dapat membantu. Cara yang terbaik ialah berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat dan berkesan.

Ini lebih baik daripada mencuba krim yang dibeli di kedai yang mungkin tidak sesuai atau serasi dengan keadaan kulit anda.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend