Trump tak endah bantahan, Terus tandatangan pengiktirafan Baitulmaqdis Ibu Negara Israel

Desas-desus mengatakan Baitulmaqdis menjadi ibu negara Isreal terjawab jua akhirnya, tidak hiraukan akan bantahan dari seluruh dunia termasuk negara-negara arab, sekutu rapat Eropah dan Britain, dan negara Islam yang lain, Presiden Donald Trump terus mengumumkan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pengumuman itu dibuat pada tengah hari (selepas tengah malam tadi waktu Malaysia) Trump menyatakan di Bilik Tetamu Diplomatik Rumah Putih berlatar belakangkan hiasan Krismas.

Trump berkata, Kedutaan Amerika akan dipindahkan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

“Saya memutuskan sudah tiba masanya untuk mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Presiden sebelum ini gagal melaksanakannya walaupun berjanji melakukannya.

“Hari ini, saya melaksanakannya.

“Apabila saya menjadi presiden, saya berjanji melihat cabaran global dengan mata terbuka, dengan fikiran yang jelas.

“Kita enggan menerima sebarang ibu negara Israel tetapi hari ini, kita akhirnya menerima hakikat itu bahawa Baitulmaqdis ialah ibu negara Israel. Ia adalah pengiktirafan sesuatu yang sudah menjadi hakikat.

Menurut Trump, Amerika akan terus menyokong usaha damai Israel-Palestin.

“Pada sama sama, saya meminta semua pihak menghormati status Bautulmaqdis sebagai bandar suci.

“Baitulmaqdis perlu kekal sebagai tempat penganut Yahudi bersembahyang di Dinding Barat, penganut Kristian berjalan di ‘Stations of the Cross’ dan umat Islam bersembahyang di Masjidil al-Aqsa,” katanya.

Menurutnya, kerja pemindahan kedutaan akan dilakukan segera dengan melantik arkitek, jurutera dan perancang.

HAMAS juga menegaskan tindakan Presiden Donald yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel membuka akan ‘pintu neraka’ terhadap kepentingan Amerika Syarikat.

“Keputusan ini akan membuka pintu neraka terhadap kepentingan Amerika di rantau ini,” kata pegawai Hamas di Semenanjung Gaza, Ismail Radwan.

Kata Hamas tindakan Trump itu adalah pengumuman Amerika menarik diri daripada terbabit dalam usaha damai Israel-Palestin yang ditajanya sejak beberapa dekad lalu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menganggap perubahan dasar Trump itu sebagai amat bersejarah untuk kepentingan Israel.

Sumber Harian Metro Khamis

Komen Disini

About the Author

mvs

Menulis sambil mencari erti kehidupan sebenar

Be the first to comment on "Trump tak endah bantahan, Terus tandatangan pengiktirafan Baitulmaqdis Ibu Negara Israel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Send this to friend