Turunkan Kolesterol Dengan Bawang Putih

Orang ramai sudah tahu paras kolesterol yang tinggi boleh ‘mengundang’ berbagai jenis penyakit lebih-lebih lagi sakit jantung. Jadi, salah satu cara terbaik nak elak sakit jantung ialah dengan menjaga kadar kolesterol dalam darah kita supaya ia kekal normal.

Mengamalkan dan berpantang mengelakkan makan benda-benda yang banyak kolesterol adalah perkara yang susah namun terdapat suatu petua yang boleh anda ikuti untuk menurunkan kolestrol anda. Menggunakan bawang putih dalam menu makanan harian, anda boleh bantu menurunkan kadar kolestrol badan anda.

Menurut kaji selidik yang dijalankan, dengan mengambil satu atau satu setengah ulas bawang putih setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 9%. Bawang putih membantu menurunkan kolesterol kerana ia mengandungi senyawa allicin yang berfungsi mengawal kadar kolesterol dalam darah.

Bukan semua orang yang boleh makan sayur-sayuran dengan mentah. Terutamanya jika ianya bawang putih. Namun anda boleh memasaknya sebagai acar bawang untuk menjadikannya sebahagian daripada menu anda.

Acar Bawang Turunkan Kolesterol

Bahan-bahan (sesuai untuk 4 orang makan)

    • 250 ml air
    • 2 sudu besar gula pasir
    • 1/2 sudu teh garam
    • 2 sudu besar jus lemon
    • 100 gram bawang putih (jangan lupa kupas)
    • 10 batang cili padi (nak lebih pun boleh)

Cara untuk membuatnya

    1. Campurkan 250mil air dengan gula dan garam
    2. Kacau dan masak sehingga mendidih
    3. Tutup api dan biarkan ia sejuk sedikit dan kemudian pindahkan air tu ke dalam balang
    4. Apabila ia tidak begitu panas, tambahkan jus lemon, bawang putih dan cili dan tutup dengan kemas.
    5. Simpan dalam peti ais.
    6. Hidangkan sekali bersama nasi

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • https://www malaysiaviralstory my/turunkan-kolesterol-dengan-bawang-putih/

Komen Disini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*