Upah RM3 Tolong Beli Makanan Orang Tak Puasa

Hanya kerana inginkan pendapatan lebih ketika Ramadan, seorang wanita berusia 29 tahun pernah menjadi ‘tukang beli makanan’ untuk mereka yang ponteng puasa ketika siang hari di bulan Ramadan.

Menurut temu bual oleh Sinar Harian, wanita yang mahu dikenali sebagai Zira itu menceritakan dia mengambil upah antara RM2 hingga RM3 bagi setiap seorang yang memintanya membelikan makanan ketika siang hari.

“Setiap kali bulan puasa saya boleh buat pendapatan sampingan hanya dengan ambil upah beli makanan kawan-kawan sekerja, boleh cecah ribuan ringgit.

“Saya memang jenis tak malu, orang nak kata apa pun, katalah. Lagipun sebagai perempuan kita ada waktu-waktu tak boleh puasa,” ujarnya ketika ditemui.

Zira turut memberitahu dia menggunakan taktik membeli makanan di kedai yang berlainan setiap minggu supaya tuan kedai tak mengenalinya serta tidak nampak terlalu keterlaluan.

Dalam sehari lebih kurang 20 set makanan akan dibeli oleh Zira untuk memenuhi pesanan oleh rakan-rakan sekerjanya.

“Faham sajalah kerja kilang, angkat-angkat barang. Stor kilang akan jadi sasaran untuk kawan-kawan tak puasa ni makan. Bulan puasa gaji saya bersih sebab banyak duit dari hasil upah ni,” tambah Zira lagi.

Namun begitu sejak berhenti dari tempat kerja lama lima tahun yang lalu, Zira tidak lagi melakukan perbuatan seperti itu lagi kerana menghormati bulan Ramadan dan mengenangkan tentang keberkatan duit yang dia terima setelah menjadi tukang beli makanan untuk yang ponteng puasa.

Komen Disini

About the Author

mvs

Menulis sambil mencari erti kehidupan sebenar

Be the first to comment on "Upah RM3 Tolong Beli Makanan Orang Tak Puasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Send this to friend